PERHATIAN!!!

Kami akan mula menjual belut pada 31.5.08 pada harga rm16 sekilo.kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan, bolelah hubungi nombor2 bertuah dibawah..TQ :-)

Contact Number

Untuk keterangan lanjut pasal lintah, kursus, tawar harga, tanya bekalan, bolelah contact nombor-nombor di bawah.

012 5040 300 - Ijat
013 266 8660 - Ijat
012 229 5141 - Fairuz
013 328 1834 - Fairuz
aush_se7en@yahoo.com

Thursday, March 27, 2008

Lintah Dan Bekam

Walaupun ramai yang geli dengan lintah ni, namun sebenenarnya banyak kebaikan yang dapat di manfaatkan oleh kita. Salah satunya ialah dengan berbekam menggunakan lintah. Ramai yang tidak tahu bahawa lintah mampu untuk membantu mengawal penyakit gout, menghilangkan rasa sengal di sendi-sendi badan, etc. Bukan sekadar omongan kosong, tetapi telah terbukti melalui amalan. Walaupun mungkin belum terbukti secara saintifik, namun melalui praktikal ia telah terbukti. Banyak perkara yang belum mampu dibuktikan oleh sains namun perkara tersebut tetap benar. bagi yang takut-takut atau geli, anda boleh tidur ketika sedang berbekam (tapi lau dah geli cemana nak tido kan?).. Apepun, ambillah manfaat daripada apa yang diciptakan Allah untuk kita..

Monday, March 24, 2008

Pembetulan

Setelah menjalankan eksperimen demi eksperimen, kami menemui cara yang mudah untuk mengatasi masalah nyamuk. Penggunaan katak dan lumut adalah cara semulajadi untuk mengelak nyamuk daripada menduduki kolam anda, kerana ia akan hanya membiak di takungan air jernih. Jadi biarkan katak berada di kolam anda - biasanya tanpa dijemput, sang katak akan bertandang ke dalam kolam - dan ianya tidak merbahaya kepada lintah. Adapun penggunaan ubat jentik-jentik sebenarnya memberi masalah dan kesan kepada lintah. Jadi jangan gunakan ubat jentik-jentik. Di dalam posting sebelum ini saya ada mencadangkan penggunaan ubat tersebut. Namun setelah di kaji, ia tidak elok untuk kolam dan lintah. Harap maklum..

Wednesday, March 19, 2008

Masalah Nyamuk..?

Nyamuk adalah diantara masalah yang dapat dikesan di dalam kolam. Kehadiran mereka ni mesti tak menyenangkan, lagi-lagi nyamuk aedes yang famous dan glamour. Penyelesaiannya? Cukup mudah. Guna je uban jentik-jentuk. Ia terbukti tidak memberi kesan buruk kepada kualiti air dan lintah yang bersemayam di dalam kolam. Perkara ini harus diberi perhatian terutama sekali jika kolam anda berada berdekatan dengan kawasan perumahan atau kampung-kampung atau dimana sajelah yang ada makhluk bernama manusia. Renung-renugkan..dan selamat beramal.

Sunday, March 16, 2008

Tentang Kami

Arakian ramailah rakyat Malaysia yang menghubungi kami bertanya tentang status dan mcm2 lagilah. Jadi molek benar rasanya andai kami khabarkan di sini supaya dapatlah ditatap oleh sekalian pembaca. Kami adalah pemilik kolam persendirian, tidak terikat dengan atau ber'partner' denagn mana2 pengusaha, penternak atau usahawan lain. Kami belum mempunyai niat untuk mendaftar denagn pendaftar syarikat. Buat masa ini kami lebih senang untuk menjadi 'lone ranger'..haha. Kursus dengan pihak kami cukup praktikal tetapi tiada sijil di sediakan. Namun apa yang diajarkan adalah pengalaman dan hasil eksperimen yang kami lakukan, yang kami percaya tidak akan anda dapat ditempat lain. Harap posting ini dapat menjawab persoalan yang terdapat dikalangan ramai pembaca..
Related Posts with Thumbnails