PERHATIAN!!!

Kami akan mula menjual belut pada 31.5.08 pada harga rm16 sekilo.kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan, bolelah hubungi nombor2 bertuah dibawah..TQ :-)

Contact Number

Untuk keterangan lanjut pasal lintah, kursus, tawar harga, tanya bekalan, bolelah contact nombor-nombor di bawah.

012 5040 300 - Ijat
013 266 8660 - Ijat
012 229 5141 - Fairuz
013 328 1834 - Fairuz
aush_se7en@yahoo.com

Wednesday, April 23, 2008

Gambar Lintah


Lintah-lintah yang seronok berjemur untuk menggelapkan kulit..haha.


Up Close...


Ni tak berapa besar. Mase nak amik gambar ni nak cepat. So cekup jela mana yang sempat.. Ada kesempatan nanti aku bagi tengok yang 'giant'..tungguuuu...


Nilah antara rahsia membiakkan lintah dengan cepat. Suasana habitat asal dorang. Tapi ada lagi yang kurang dan tak kena. Apa dia? Kitorang tengah siasat..


Sejuk mata menadang kehijauan kolam (kolam ijau ke..?) Sape nak tumpang ijau, bolela datang - takde charge dah.. Pree jer...

Saturday, April 19, 2008

Kolamku...






Nilah rupa terbaru kolam kitorang...

Tuesday, April 8, 2008

Harga

Aku lambat update ngan owner, so aku lambatla update kat blog aku ni. Harga lintah kat market sekarang dah turun so kitorang pun apa lagi, ikut jela arus perdana - cam dasat jer bunyik...haha. Dengan ini aku nak umumkan bahawa harga induk kitorang sekarang rm1.50-rm1.70.. berbanding dengan harga dulu, memang banyak penurunan. So kepada sesapa yang berkenan dan berminat, bolela calling-calling, message ke. Lau segan or kurang kredit - or nak jimat - bole e-mail aku. No problem punyo...
p/s: kepada waang daripada Pelintah, thanks sebab sudi melawat kolam kitorang. Moga-moga ada perkembangan dan kerjasama lepas ni. Timo kasih..

Monday, April 7, 2008

Boikot Barangan Belanda


Berikut disenaraikan barangan Belanda yang berada di pasaran Malaysia, yang harus kita boikot. Walaupun, aku percaya, sudah banyak kali korang membaca senarai yang panjang ini, namun adakah korang telah memulakan langkah untuk mengelak daripada membeli barangan-barangan ini? Apakah terlalu berat untuk memulaukan barangan-barangan ini? Aku rasa, untuk setiap item yang disenaraikan di bawah, ada item alternatif yang boleh kita beli. Mungkin ramai yang merasakan 'Ala, setakat aku sorang tak beli barang ni, bukannya jadi pun boikot ni. Ramai je yang aku tengok duk beli lagi'.. Attitude seperti ini haruslah kita jauhi. Jangan ikut-ikut orang, stand up for what u believe. Mulakan dengan diri sendiri. Maka marilah beramai-ramai kita boikot barangan dari Belanda ni - tak rugi pun kita tak beli. Banyak lagi barangan keluaran negara lain, terutamanya Malaysia yang boleh kita beli dan pakai. Kita harus menunjukkan kesatupaduan, jangan kita dipandang rendah dan hina oleh orang lain. Jika mereka boleh menghina kita sedemikian rupa, maka kita juga berkeupayaan untuk membalasnya. Berdiam diri adalah cara yang baik namun bukan dalam perkara sebegini. Mereka telah melampaui batas dan kita harus menunjukkan akibat daripada perbuatan mereka ini, supaya di masa akan datang, kita lebih dihormati dan disegani. Kepada yang belum mula, masih belum terlambat..better late then never - alasan aku bila lambat datnag kelas. Kepada yang dah mula, tahniah dan teruskan...

Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain



Sumber : PPIM



p/s: Harap maklum, Durian Belanda dan Ayam Belanda tidak termasuk dalam kategori barangan keluaran Belanda..hahaha.

Saturday, April 5, 2008

Bekam Dengan Lintah Tidak Selamat?

Aku merefer kepada komen yang diberikan oleh utusandarikayangan tentang berbekam dengan lintah. Dalam komennya, beliau menyatakan bahawa belum tentu berbekam dengan lintah adalah selamat, dan beliau mengasaskan argumentnya kepada artikel daripada Wikepedia. Aku rasa satu dunia dah maklum apa dia Wikipedia ni - sebuah ensiklopedia yang membenarkan anda untuk menghantar atau mengedit artikel-artikel yang terkandung di dalamnya -. Aku sendiri dah mendapat banyak manfaat daripada kandungannya. Aku ucapkan terima kasih kepada saudara yang memberikan komen, kerana ini menunjukkan bahawa blog aku ni dapat sedikit perhatian daripada masyarakat di luar sana..hehe. Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan, secara saintifiknnya, aku sendiri tidak tau, sebab aku ni bukan pelajar sains - Kimia dulu pun aku dapat 8E, Bio 5C..haha. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan real experience yang aku lalui dan juga cerita beserta pandangan daripada orang-orang tua dan penternak-penternak lain. Di kolam kami sendiri kami menyediakan perkhidmatan bekam. Pelanggan tetap tidak lain dan tidak bukan, our parent, relatives and friends dan Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, mereka-mereka ini masih lagi sihat tanpa sebarang penyakit. Jadi aku rasa, berbekam dengan lintah ni takde masalah, sebab dah ramai yang buat - bukan kitorang je - dan belum ada laporan tentang orang yang sakit, paralyze or mati disebabkan berbekam dengan lintah. Kemungkinan untuk lintah ini memindahkan bakteria, virus atau parasit daripada sumber darah yang dihisap sebelum ini adalah amat kecil, kerana lintah yang dibela hanya memakan belut yang diberi oleh penternak. Namun kepada yang ragu-ragu, aku nasihatkan supaya jangan teruskan. Dan jika ada sesiapa di luar sana yang ada maklumat saintifik tentang perkara ini, amatlah di alu-alukan sekiranya anda dapat berkongsi dengan kami dan juga pembaca-pembaca lain. Wallahu A'lam...

Thursday, April 3, 2008

Entahla

Nampaknya aku terpaksa memungkiri janji aku untuk tidak sebut pasal benda ni lagi. Tapi aku kena sebut gak. Aku dah padam post yang menerangkan cerita panas tentang seorang Hamba Allah bernama Razif yang telah mencalit lumpur di muka dan maruah kitorang. Matlamat aku dah tercapai - ramai dah tau cerita yang sebenar - so aku rasa tak perlu lagi aku paparkan post tersebut. Keputusan aku adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan di layan..hahahaha. Kepada yang tak tau, bertanyalah kepada yang tau dan kepada yang berkenaan, janganlah mereka-reka cerita lagi. Kitorang dah bagi tau dengan jelas sebelum Hamba Allah ni datang kat kolam, lau datang tuk beli lintah tak payah bayar. Janganla buat macam ni lagi, menyusahkan orang je. Cukuplah kitorang sebagai mangsa, jangan ada yang kedua. Lau kena bayar, bayar. Lau kena bayar tapi anda tak bayar, jangan cerita anda keluarkan duit untuk membayar. The rule in business is simple, tell the truth and be honest. U'll have friends, who are ur customer.

Awas




Kolam anda berdekatan dengan hutan? Awas.. Kerana apa? Kerana kehadiran 'menatang-menatang' seperti kera, monyet, biawak, etc akan mengganggu keharmonian kolam anda. Bagaimana mereka mengganggu? 'Menatang-menatang' yang disebutkan di atas akan tertarik untuk masuk ke kolam anda, mungkin untuk menumpang mandi atau sekadar bermain. Namun yang pasti, kehadiran mereka bukanlah untuk membeli induk atau berkursus..haha. Bila mereka-mereka ini masuk ke kolam anda, lintah-lintah akan melekat pada badan mereka-mereka ini dan bila mereka keluar daripada kolam, lintah-lintah yang melekat di badan mereka akan terpaksa ikut bersama. Lama-kelamaan, lintah anda akan berkurangan, bergantung kepada jumlah mereka-mereka yang datang dan kekerapan. Jadi berhati-hatilah dengan kehadiran mereka dan cuba elakkan mereka daripada bermain-main di dalam kolam anda..

The End, Fullstop...

Tujuan aku mewujudkan blog ni adalah untuk aku kongsi pengalaman, info atau ape-ape aje ( kat tv3) yang berkaitan ngan lintah dan perternakannnya kepada orang lain yang berminat. So aku rasa amatlah patut sekiranya aku berhenti menulis sesuatu yang tidak berkaitan dengan tujuan blog ini di wujudkan. Tapi sebelum aku mengakhiri topik panas ni, izinkanlah aku untuk wind up topik ni.
Yang pertama, aku pun musykil, kenapa die kena tulis komen tentang kitorang kat forum tersebut di bawah topik yang membincangkan tentang usahawan yang menipu?
Yang kedua, aku percaya mereke-reka cerita adalah termasuk dalam kategori fitnah. Jadi aku rasa tak salah kalau aku gelarkan komen yang di tulis itu sebagai fitnah - die cakap die kena bayar rm30 untuk masuk ke kolam - sedangkan perkara tersebut tak pernah terjadi. Ia adalah sesuatu yang direka-reka.
Setiap manusia mempunyai ego masing-masing. Jarang ada yang nak mengaku salah walaupun jelas, nyata dan terang die melakukan kesalahan. Tapi atas dasar persaudaraan yang tinggi, ada juga yang meminta maaf. Jadi aku anggap perkara ini dah selesai. Aku juz nak pembaca-pembaca sekalian tahu cerita yang sebenar. Itu sahaja. Sebelum ni aku tengok banyak komen yang menghentam kitorang, tapi lepas aku jelaskan perkara yang sebenar, nampaknya ramai yang dah faham apa yang sebenarnya telah berlaku, dan ramai yang dah faham bahawa kitoang ni bukanlah zalim seperti Yahudi.
Terima kasih kepada Ezal - kawan kepada cousin aku - yang terjumpa komen si Razif ni kat forum Pelintah. Yang penting, aku amat bersyukur kepada Allah, kerana aku percaya tanpa pertolongan dan keizinan daripadaNya, kitorang takkan tahu pasal benda ni.

The truth will stay...
Related Posts with Thumbnails