PERHATIAN!!!

Kami akan mula menjual belut pada 31.5.08 pada harga rm16 sekilo.kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan, bolelah hubungi nombor2 bertuah dibawah..TQ :-)

Contact Number

Untuk keterangan lanjut pasal lintah, kursus, tawar harga, tanya bekalan, bolelah contact nombor-nombor di bawah.

012 5040 300 - Ijat
013 266 8660 - Ijat
012 229 5141 - Fairuz
013 328 1834 - Fairuz
aush_se7en@yahoo.com

Sunday, November 15, 2009

Hati-hati Ketika Makan

Beberapa hari yang lalu aku menerima emel yang agak menyeramkan hati dan perasaan. Setelah aku baca emel tersebut, segera aku menghela nafas lega kerana aku bukan seorang yang makan sayur - aku tak suka makan sayur. Aku kongsikan emel ni untuk kebaikan dan renungan bersama - berhati-hatilah ketika makan. Sejauh mana kebenarannya, aku sendiri tidak pasti. Namun secara logiknya, perkara ini memang tecapai oleh akal kita dan juga akal Elyana!

ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun. Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar..

Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap.

Lintah hanya akan mati jika dibakar. Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan “lintah” yang terselip didalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.


Print Page

Monday, October 26, 2009

Selamat Kembali

Dah lama aku tinggalkan blog tercinta ni sampai dah naik semak dan lalang. Kalau tak kerana sokongan pengunjung setia dan baru yang tak putus-putus berkunjung ke blog ni, rasanya nak je aku biarkan jadi belukar. Namun masih ada info dan sedikit ilmu yang boleh dikongsi dengan pengunjung-pengunjung sekalian.

Untuk post kali ni, rasanya elok kalau aku ceritakan serba sedikit tentang lintah ini. Walaupun mungkin aku bukanlah seorang pakar lintah tapi rasanya aku tau jugakla sikit-sikit.

Lintah adalah sejenis haiwan yang mempunyai dua jantina - iaitu jantan dan betina didalam satu badan. Mustahil untuk manusia berkeadaan sedemikian..hehe.tapi itulah kuasa Allah. Lintah mampu untuk bersenyawa tanpa perlu adanya perhubungan dengan lintah yang lain.

Salah satu cara untuk menggalakkan lintah ini bertelur adalah dengan memberi ia makan darah. Aku rasa dah ramai yang tau tentang penggunaan darah dalam industri menternak lintah ni. Darah dapat menggalakkan lintah untuk bertelur. Walaupun seperti yang kita tau lintah ini memakan plankton, akar-akar reput dan sebagainya, namun lintah tetap memerlukan darah sebagai satu syarat supaya ia dapat bertelur.

Terdapat dua cara untuk memberikan lintah-lintah anda menikmati hidangan darah yang lazat. Yang pertama adalah dengan meletakkan haiwan hidup seperti ikan tongkol, ikan keli ataupun belut ke dalam kolam lintah.

Cara kedua adalah dengan membekukan darah tersebut terlebih dahulu dan kemudian diberikan kepada lintah. Kedua-dua cara memberikan kepuasan yang sama kepada lintah namun seperti selera kita juga, biasanya yang segar dan panas itu dah tentu lebih sedap dan menyelerakan.

Cara untuk memberinya? Tunggu dalam post yang akan datang =)

Wednesday, August 12, 2009

Pertanian

Di saat ekonomi sedang merudum, para petani tidak menghadapi sebarang masalah atau terkena tempiasnya yang teruk seperti yang dialami golongan korporat. Walaupun mungkin terdapat penurunan harga barang-harga kerana kurangnya permintaan, namun makanan tetap diperlukan oleh setiap manusia untuk meneruskan hidup. Disinilah terletaknya kelebihan dan kekuatan pertanian. Ia menghasilkan satu produk yang sentiasa diperlukan oleh semua orang sepanjang masa - tiada manusia yang boleh hidup tanpa makanan.
Sebagai salah satu cabang kepada penternakan lintah dan belut, kami juga menggunakan ruang-ruang kosong di kolam untuk menanam pelbagai jenis sayuran seperti cili, sawi, bendi, serai, peria dan sebagainya. Seharusnya tanah tidak dibiarkan kosong terbiar tanpa digunakan. Berbakti kepada tanah banyak manfaatnya.
Disamping dapat menambah pendapatan, persekitaran kolam akan menjadi lebih 'hijau' dan redup. Dan seperti mana yang pernah aku tulis sebelum ini, keredupan memainkan sedikit peranan dalam kitaran hidup lintah.
Jadi jangan bazirkan ruang-ruang di tanah anda. Jika terasa malas nak menjaga pokok sayuran, pokok buah-buahan boleh menjadi alternatif. Pokok seperti pisang dan betik tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Tanam dan tinggal..hehe.

Monday, April 13, 2009

How Ur Kolam Should Look Like? (Final Part)

Setelah sekian lama berdiam diri, aku berjaya mencari masa untuk meletakan tangan di keyboard. Bukan apa, final year student memang busy - lagi-lagi law student. So dalam part yang terakhir ni aku akan menceritakan tentang pengaruh redup dalam mengimarakan kolam anda.

Sememangnya faktor keredupan kurang diambil kira. Tambahan pula kebanyakan kolam dibina di kawasan tanah yang lapang. Jika diperhatikan, paya terletak di kawasan hutan dan dilindungi oleh pokok-pokok dan hidupan hijau yang lain. Suasana redup memang menyamankan sesiapa temasuk saudara kita, Encik Lintah. Setelah melakukan beberapa pemerhatian, memang ternyata keredupan memainkan peranan penting. Disebabkan itulah kami memasang jaring hitam dan mula menanam pokok di sekitar kolam kami yang sebelum ini seperti padang jarak padang terkukur.

Hasilnya memang seperti yang dijangka. Walaupun aku tak dapat nak ceritakan secara saintifik, namun memang ada perbezaan. Sama seperti kita: berada di tempat redup adalah lebih menyamankan dan selesa berbanding tempat yang panas.

Jadi tunggu apa lagi. Tanamlah apa-apa pokok di sekitar kolam korang. Lagi bagus kalau tanam pokok yang dapat memberikan hasil. Contohnya mangga, etc. Tapi jangan pulak korang tanam pokok balak walaupun ia memberikan hasil yang lumayan.

Jadi setakat ini kuliah tentang cara-cara untuk membina kolam anda. Jika ada salah dan silap, harap ada yang sudi membetulkan dan jika ada fakta yang kurang, bolehlah tolog-tolong tambahkan.

Terima kasih kerana sudi membaca. Adios....

Print Page

Sunday, February 15, 2009

Salam Sejahtera

Terima kasih kepada pembaca setia setia yang sentiasa menyokong blog ini. Saya memohon maaf kepada pembaca semua kerana dalam tempoh beberapa bulan ini, tiada update yang dapat di buat - busy sket ngan urusan lain. Jadi saya akan cuba untuk masukkan post baru dalam masa terdekat ini. Terima kasih sekali lagi di atas sokongan anda kepada blog ini.

Makkal Sakhti!!
Related Posts with Thumbnails