Mungkin kebanyakan orang terbawa-bawa dengan kenyataan bahawa kuman mampu hidup didalam lintah selama beberapa bulan. Seterusnya, kuman itu akan menjangkiti orang seterusnya, yang berbekam dengan menggunakan lintah yang sama. Well, it could happen but no concrete evidence can prove that.
Menurut amalan berbekam kitorang, yang tidak terdapat di dalam mana-mana kitab Lintah atau Kamus Berbekam, kitorang akan asingkan lintah yang telah digunakan. Maknanya, selepas sekali menggunakan lintah tersebut, kitorang akan letak dan kumpulkan mereka-mereka ini didalam satu kolam khas. Jadi tidak timbul masalah seperti yang dinyatakan diatas.
Mungkin di tempat lain amalan ini tidak menjadi amalan mereka. Jadi tanpa ragu-ragu dan segan, kitorang menggalakkan amalan berbekam ni dengan satu syarat, datanglah ke kolam kitorang kerana lintah yang digunakan dijamin bersih dan tidak pernah digunakan untuk tujuan berbekam sebelum ini. Selepas sekali digunakan, mereka-mereka ini akan diasingkan ke kolam lain.
Lintah adalah satu daripada berjuta ciptaan Yang Maha Kuasa yang baru-baru ini sahaja diketahui tentang kebaikan dan keberkesanannya. Berdasarkan akal dan ilmu kita yang singkat, kita tidak mampu untuk mengetahui akan hakikat ini sehinggalah sekarang. Jadi janganlah ada yang ragu-ragu atau takut kerana sehingga saat post ini ditulis, belum ada lagi ada diantara orang-orang yang pernah berbekam dengan kami dijangkiti kuman atau ditimpa apa-apa penyakit yang disebabkan berbekam dengan lintah.