Di saat ekonomi sedang merudum, para petani tidak menghadapi sebarang masalah atau terkena tempiasnya yang teruk seperti yang dialami golongan korporat. Walaupun mungkin terdapat penurunan harga barang-harga kerana kurangnya permintaan, namun makanan tetap diperlukan oleh setiap manusia untuk meneruskan hidup. Disinilah terletaknya kelebihan dan kekuatan pertanian. Ia menghasilkan satu produk yang sentiasa diperlukan oleh semua orang sepanjang masa - tiada manusia yang boleh hidup tanpa makanan.
Sebagai salah satu cabang kepada penternakan lintah dan belut, kami juga menggunakan ruang-ruang kosong di kolam untuk menanam pelbagai jenis sayuran seperti cili, sawi, bendi, serai, peria dan sebagainya. Seharusnya tanah tidak dibiarkan kosong terbiar tanpa digunakan. Berbakti kepada tanah banyak manfaatnya.
Disamping dapat menambah pendapatan, persekitaran kolam akan menjadi lebih 'hijau' dan redup. Dan seperti mana yang pernah aku tulis sebelum ini, keredupan memainkan sedikit peranan dalam kitaran hidup lintah.
Jadi jangan bazirkan ruang-ruang di tanah anda. Jika terasa malas nak menjaga pokok sayuran, pokok buah-buahan boleh menjadi alternatif. Pokok seperti pisang dan betik tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Tanam dan tinggal..hehe.