


Kolam anda berdekatan dengan hutan? Awas.. Kerana apa? Kerana kehadiran 'menatang-menatang' seperti kera, monyet, biawak, etc akan mengganggu keharmonian kolam anda. Bagaimana mereka mengganggu? 'Menatang-menatang' yang disebutkan di atas akan tertarik untuk masuk ke kolam anda, mungkin untuk menumpang mandi atau sekadar bermain. Namun yang pasti, kehadiran mereka bukanlah untuk membeli induk atau berkursus..haha. Bila mereka-mereka ini masuk ke kolam anda, lintah-lintah akan melekat pada badan mereka-mereka ini dan bila mereka keluar daripada kolam, lintah-lintah yang melekat di badan mereka akan terpaksa ikut bersama. Lama-kelamaan, lintah anda akan berkurangan, bergantung kepada jumlah mereka-mereka yang datang dan kekerapan. Jadi berhati-hatilah dengan kehadiran mereka dan cuba elakkan mereka daripada bermain-main di dalam kolam anda..
No comments:
Post a Comment