Dalam post kali ini rasanya aku nak berkongsi dengan pembaca-pembaca budiman tentang kriteria atau ciri-ciri kolam yang baik. Jika ada silap dan salah atau percanggahan fakta, anda digalakkan untuk membetulkannya agar kita sama-sama dapat mempelajari sesuatu dari blog ini.
Pertama sekali, kolam tidak semestinya perlu cantik namun cukuplah sekadar sedap mata memandang dan tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk. Yang paling penting, pastikan ia selesa untuk didiami oleh lintah bagi memastikan lintah anda dapat membiak dan hidup (survive). Sebaik-baiknya, jadikan kolam anda, as close as possible, serupa dengan habitat asal lintah iaitu paya - Home sweet home.
Kedua, kedalaman kolam. Lintah memang diketahui amat gemar untuk berada di kawasan air yang agak suam iaitu di bahagian air yang agak dalam. Jadi adalah tidak digalakkan jika anda membina kolam yang terlalu cetek atau terlalu dalam. Kolam yang terlalu cetek tidak berapa sesuai untuk lintah anda dan kolam yang terlalu dalam pula akan menyebabkan tuan punya lintah tidak selesa - dan mungkin seksa - apabila tiba masa untuk harvest. Kedalaman yang sesuai mungkin sekitar 3-4 kaki, seperti kolam kami. Air janganlah diisi terlalu penuh kerana ia akan memudahkan lintah anda untuk berpindah ke kolam lain secara beramai-ramai atau berjemaah. Ini akan menyukarkan tuan punya kolam yang mungkin akan menganggap lintahnya dicuri apabila kadar komposisi sesuatu kolam itu berkurangan - bahaya woo buat report polis palsu.


No comments:
Post a Comment