PERHATIAN!!!

Kami akan mula menjual belut pada 31.5.08 pada harga rm16 sekilo.kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan, bolelah hubungi nombor2 bertuah dibawah..TQ :-)

Contact Number

Untuk keterangan lanjut pasal lintah, kursus, tawar harga, tanya bekalan, bolelah contact nombor-nombor di bawah.

012 5040 300 - Ijat
013 266 8660 - Ijat
012 229 5141 - Fairuz
013 328 1834 - Fairuz
aush_se7en@yahoo.com

Friday, February 29, 2008

Harga

Harga pasaran bagi induk lintah di Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya ialah rm2.50-rm2.80. Namun pihak kami menawarkan rm2.30 termasuk penghantaran ke tempat anda. Bagi yang berhajat nak beli dalam kuantiti yang banyak, harga boleh di runding. Berapa kuantiti yang dikatakan 'banyak'? 3000 ekor ke atas. So jagan malu-malu dan jangan segan-segan. Juz ring me..c ya.

Tuesday, February 26, 2008

Penggunaan EM (Effective Microb)

Penggunaan Em adalah amat meluas didalam industri penternakan moden ini. Hanya penternakan manusia yang tidak menggunakan EM.. Hehe. Bagi yang tidak pernah dengar tentang EM, ia sebenarnya adalah mikroorganik yang dapat membantu mempercepatkan hasil bagi sesuatu produk. Kami telah menjalankan kajian dan penggunaan EM terbukti dapat mempercepatkan hasil. Anak-anak lintah dapat dihasilkan dalam masa yang lebih singkat. Penggunaanya ke dalam kolam lintah telah dicuba dan terbukti berkesan. Kami juga menggunakan EM untuk ternakan lain dan ternyata ia juga membuahkan hasil. Cara penggunaan, kuantiti dan bekalan akan diajar denagn lebih lanjut ketika berkursus. Setakat ini, tiada masalah dikesan daripada penggunaan EM, membuktikan bahawa ia tidak memberi kesan sampingan/buruk kepada ternakan. Jadi, kepada yang tau mengenai EM, bolehlah anda gunakannya untuk menggandakan hasil. Selamat mencuba, dan selamat beramal...

Thursday, February 21, 2008

Sell Your 'Lintah': Be Pro-Active


Ramai yang masih tertanya-tanya, terpinga-pinga, terkamjat dan macam2 'ter' lagilah bila tiba bab market/nak jual lintah belaan mereka. Secar jujur, kami mengakui bahawa bukan mudah untuk membekalkan lintah ke pasaran antarabangsa. Ini adalah kerana permintaan daripada mereka-mereka ini adalah sangat tinggi dan apa yang dibimbangkan ialah consequences yang akan ditanggung jika gagal memenuhi permintaan mega daripada mereka ini. Bagi mereka yang yakin mampu untuk memenuhi permintaan ini, anda amat digalakkan untuk mengeksport lintah anda ke pasaran luar kerana harganya lebih tinggi berbanding pasaran domestik. Bagi mereka yang mengusahakan ternakan lintah secara kecil-kecilan, jangan kecewa. Kami bersama anda. Para pengusaha tidak perlu risau kerana ada 3 cara untuk memasarkan lintah hasil peliharaan mereka.

  1. Kami difahamkan (menerusi peserta yang mengikuti kursus denagn pihak Artsoulist) Pihak Artsoulist bersedia untuk membeli lintah daripada pengusaha independent (pengusaha yang tidak mengikut kursus mereka dan tidak mengikat kontrak penjualan dengan pihak artsoulist).
  2. Pihak kami akan menghubungi peserta yang pernah mengikuti kursus dengan kami untuk membeli lintah mereka jika pihak kami mendapat pesanan yang maha besar daripada pihak tertentu. Inilah kelebihan jika mengikuti kursus yang kami anjurkan.
  3. Pengusaha juga boleh membuat marketing sendiri dengan menawarkan lintah mereka kepada pengusaha baru ataupun membuat marketing secara terus ke syarikat-syarikat dan industri berasaskan lintah.
  4. Ada juga pihak yang berminat untuk mendapatkan bekalan lintah daripada anda.

Kesimpulannya, no pain no gain. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Berusaha keras, bekerja secara jujur..

Wednesday, February 20, 2008

Teori vs Praktikal

Di dalam bidang penternakan lintah, kedua-dua perkara di atas amat penting untuk memastikan usaha kita berjaya. Teori tanpa praktiakl tidak akan berhasil kerana apa yang di pelajari di atas kertas belum tentu sama dengan apa yang akan kita hadapi in real. Oleh kerana itu adalah penting untuk penternak baru mendapatkan khidmat nasihat daripada yang berpengalaman dan dalam masa yang sama belajar daripada kesilapan yang di lakukan. Rujukan daripada artikel di internet, majalah atu buku saja tidak mencukupi kerana akan sampai satu tahap di mana bahan-bahan di atas tidak dapat lagi membantu anda untuk menyelesaikan masalah. Learning is a whole life process.

Monday, February 18, 2008

Makanan Lintah

Ramai yang berpendapat - melalui interaksi saya dgn kwn2 - bahawa menatang lintah ni makan. Pendapat dan tanggapan ni tidak salah dan tidak 100% betul. Sebabnya? Lintah memakan darah untuk membolehkannya mengawan. Makanan lintah yang lain adalah plankton,etc.. Bagaimana untuk menghasilkan plankton di dlm kolam anda? Caranya cukup mudah - jadikan suasana kolam anda seperti sebuah paya, tapi tak perlula smpai kna ada bakau..hahaha. Kerana lintah ini asalnya dpd paya jadi mereka2 ini sgt suka utk berada di dlm suasana ke'paya'an. Home sweet home..

Thursday, February 14, 2008

Modal Besaq: Betoi Ka?

Ramai yang beranggapan bahawa menternak lintah ni memerlukan modal yang besar. Tapi mengikut pengalaman saya yang tak seberapa ni, rasanya takdela besar mana modal yang diperlukan, lagi-lagi bagi mereka yang ada tanah tapi hanya di penuhi semak, samun dan samin. Kos untuk menyediakan 1 kolam berukuran 40x60 hanya lebih kurang rm2000, termasuk benih atau induk lintah. Bagi yang takde tanah, bole guna benda lain. Contohnya, akuarium, tank air (yg kaler itam tu), polysterin, etc. mengikut kreativiti anda. Saya pernah melawat seorang pengusaha yang menternak menggunakan tank air. Letak kat belakang rumah je,simple. Sebulan boleh dapat lebih kurang rm5-7ribu. Yang penting dalam bisnes lintah ni ialah contact,ilmu dan kesungguhan. Dat's all.

Monday, February 11, 2008

Lintah Ada Market Ke..?

Ramai yang tertanya-tanya tentang pasaran lintah. Sebenarnya saya sendiri kurang pasti tentang pasaran luar negara tetapi untuk pasaran dalam negara, semakin ramai yang berminat untuk membeli lintah. 'Range' harga pula berbeza-beza mengikut pembeli. Bermula serendah rm60 sehingga mencecah rm150 per/kg, pengusaha lintah boleh menikmati hasil ternakan mereka seawal 1 bulan selepas induk dilepaskan ke dalam kolam. Tentang pasaran luar negara pula, ada yang mengatakan bahawa harga di UK mencecah 80 pound per/kg. Seorang penternak di Selangor pernah di 'approach' oleh sebuah syarikat dari Turki yang menawarkan rm60 untuk seekor lintah. Namun, di sebabkan kekurangan bekalan - orang Turki tu nak dalam jumlah yang banyak- beliau terpaksa menolak permintaan tersebut. Apapun, terbukti lintah merupakan komoditi baru yang menarik untuk di usahakan di Malaysia. Bagi yang belum memulakan, better late than never.. Bagi yang ragu-ragu, boleh datang melawat ke kolam kami untuk nasihat dan 'practical analysis' secara percuma..

Lintah Merah/Coklat atau Hijau?

Secar umumnya, mengikut warna, lintah dapat dibahagikan kepada dua warna i.e. merah/coklat atau hijau. Persoalan sering timbul mengenai yang mana yang lebih baik. Untuk amalan bekam, mengikut amalan tradisi orang Cina, mereka lebih menggemari yang berwarna merah/coklat. Sebabnya? Tak tau, itulah jawapan yang diberikan oleh mereka jika ditanyakan soalan ini. Ini adalah amalan tradisi jadi mereka hanya meneruskannya. Belum ada kajian saintifik yang dapat membuktikan yang mana lebih baik.

Under Construction

Still working out on how my blog should look like...
Related Posts with Thumbnails