PERHATIAN!!!

Kami akan mula menjual belut pada 31.5.08 pada harga rm16 sekilo.kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan, bolelah hubungi nombor2 bertuah dibawah..TQ :-)

Contact Number

Untuk keterangan lanjut pasal lintah, kursus, tawar harga, tanya bekalan, bolelah contact nombor-nombor di bawah.

012 5040 300 - Ijat
013 266 8660 - Ijat
012 229 5141 - Fairuz
013 328 1834 - Fairuz
aush_se7en@yahoo.com
Showing posts with label bekam. Show all posts
Showing posts with label bekam. Show all posts

Thursday, August 7, 2008

Berbekam

Mungkin kebanyakan orang terbawa-bawa dengan kenyataan bahawa kuman mampu hidup didalam lintah selama beberapa bulan. Seterusnya, kuman itu akan menjangkiti orang seterusnya, yang berbekam dengan menggunakan lintah yang sama. Well, it could happen but no concrete evidence can prove that.

Menurut amalan berbekam kitorang, yang tidak terdapat di dalam mana-mana kitab Lintah atau Kamus Berbekam, kitorang akan asingkan lintah yang telah digunakan. Maknanya, selepas sekali menggunakan lintah tersebut, kitorang akan letak dan kumpulkan mereka-mereka ini didalam satu kolam khas. Jadi tidak timbul masalah seperti yang dinyatakan diatas.

Mungkin di tempat lain amalan ini tidak menjadi amalan mereka. Jadi tanpa ragu-ragu dan segan, kitorang menggalakkan amalan berbekam ni dengan satu syarat, datanglah ke kolam kitorang kerana lintah yang digunakan dijamin bersih dan tidak pernah digunakan untuk tujuan berbekam sebelum ini. Selepas sekali digunakan, mereka-mereka ini akan diasingkan ke kolam lain.

Lintah adalah satu daripada berjuta ciptaan Yang Maha Kuasa yang baru-baru ini sahaja diketahui tentang kebaikan dan keberkesanannya. Berdasarkan akal dan ilmu kita yang singkat, kita tidak mampu untuk mengetahui akan hakikat ini sehinggalah sekarang. Jadi janganlah ada yang ragu-ragu atau takut kerana sehingga saat post ini ditulis, belum ada lagi ada diantara orang-orang yang pernah berbekam dengan kami dijangkiti kuman atau ditimpa apa-apa penyakit yang disebabkan berbekam dengan lintah.

Tuesday, July 1, 2008

Lama Tak Posting

Lama sungguh aku tak posting. Maklumla, sibuk sikit dengan urusan duniawi yang lain. But now I'm back and visitors can expect to read new input every week. Kat bawah ni aku letakkan satu artikel yang aku jumpe kat internet, yang menunjukkan bahawa rawatan dengan lintah tidak berbahaya seperti yang didakwa sesetengah pihak...

Biotherapy With Leeches

Leeches drain blockages in veins, reinvigorating reattached fingers, ears and other endangered tissues. The leeches' ability to efficiently bite through skin and suck blood is only part of their effectiveness. An anticoagulant in the leech's saliva is what really does the trick. When a leech gets engorged with blood, it falls off, satiated. But the anticoagulant they leave behind causes blood to ooze for up to 48 hours, allowing time for new veins to grow and take over. The creatures also help in other situations: For instance, two German doctors proved in several clinical studies that leech treatment is an effective method to relieve pain in osteoarthritis patients.

More at http://www.disgustingly-healthy.com/

Saturday, April 5, 2008

Bekam Dengan Lintah Tidak Selamat?

Aku merefer kepada komen yang diberikan oleh utusandarikayangan tentang berbekam dengan lintah. Dalam komennya, beliau menyatakan bahawa belum tentu berbekam dengan lintah adalah selamat, dan beliau mengasaskan argumentnya kepada artikel daripada Wikepedia. Aku rasa satu dunia dah maklum apa dia Wikipedia ni - sebuah ensiklopedia yang membenarkan anda untuk menghantar atau mengedit artikel-artikel yang terkandung di dalamnya -. Aku sendiri dah mendapat banyak manfaat daripada kandungannya. Aku ucapkan terima kasih kepada saudara yang memberikan komen, kerana ini menunjukkan bahawa blog aku ni dapat sedikit perhatian daripada masyarakat di luar sana..hehe. Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan, secara saintifiknnya, aku sendiri tidak tau, sebab aku ni bukan pelajar sains - Kimia dulu pun aku dapat 8E, Bio 5C..haha. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan real experience yang aku lalui dan juga cerita beserta pandangan daripada orang-orang tua dan penternak-penternak lain. Di kolam kami sendiri kami menyediakan perkhidmatan bekam. Pelanggan tetap tidak lain dan tidak bukan, our parent, relatives and friends dan Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, mereka-mereka ini masih lagi sihat tanpa sebarang penyakit. Jadi aku rasa, berbekam dengan lintah ni takde masalah, sebab dah ramai yang buat - bukan kitorang je - dan belum ada laporan tentang orang yang sakit, paralyze or mati disebabkan berbekam dengan lintah. Kemungkinan untuk lintah ini memindahkan bakteria, virus atau parasit daripada sumber darah yang dihisap sebelum ini adalah amat kecil, kerana lintah yang dibela hanya memakan belut yang diberi oleh penternak. Namun kepada yang ragu-ragu, aku nasihatkan supaya jangan teruskan. Dan jika ada sesiapa di luar sana yang ada maklumat saintifik tentang perkara ini, amatlah di alu-alukan sekiranya anda dapat berkongsi dengan kami dan juga pembaca-pembaca lain. Wallahu A'lam...

Thursday, March 27, 2008

Lintah Dan Bekam

Walaupun ramai yang geli dengan lintah ni, namun sebenenarnya banyak kebaikan yang dapat di manfaatkan oleh kita. Salah satunya ialah dengan berbekam menggunakan lintah. Ramai yang tidak tahu bahawa lintah mampu untuk membantu mengawal penyakit gout, menghilangkan rasa sengal di sendi-sendi badan, etc. Bukan sekadar omongan kosong, tetapi telah terbukti melalui amalan. Walaupun mungkin belum terbukti secara saintifik, namun melalui praktikal ia telah terbukti. Banyak perkara yang belum mampu dibuktikan oleh sains namun perkara tersebut tetap benar. bagi yang takut-takut atau geli, anda boleh tidur ketika sedang berbekam (tapi lau dah geli cemana nak tido kan?).. Apepun, ambillah manfaat daripada apa yang diciptakan Allah untuk kita..

Monday, February 11, 2008

Lintah Merah/Coklat atau Hijau?

Secar umumnya, mengikut warna, lintah dapat dibahagikan kepada dua warna i.e. merah/coklat atau hijau. Persoalan sering timbul mengenai yang mana yang lebih baik. Untuk amalan bekam, mengikut amalan tradisi orang Cina, mereka lebih menggemari yang berwarna merah/coklat. Sebabnya? Tak tau, itulah jawapan yang diberikan oleh mereka jika ditanyakan soalan ini. Ini adalah amalan tradisi jadi mereka hanya meneruskannya. Belum ada kajian saintifik yang dapat membuktikan yang mana lebih baik.
Related Posts with Thumbnails