PERHATIAN!!!

Kami akan mula menjual belut pada 31.5.08 pada harga rm16 sekilo.kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan, bolelah hubungi nombor2 bertuah dibawah..TQ :-)

Contact Number

Untuk keterangan lanjut pasal lintah, kursus, tawar harga, tanya bekalan, bolelah contact nombor-nombor di bawah.

012 5040 300 - Ijat
013 266 8660 - Ijat
012 229 5141 - Fairuz
013 328 1834 - Fairuz
aush_se7en@yahoo.com

Saturday, April 5, 2008

Bekam Dengan Lintah Tidak Selamat?

Aku merefer kepada komen yang diberikan oleh utusandarikayangan tentang berbekam dengan lintah. Dalam komennya, beliau menyatakan bahawa belum tentu berbekam dengan lintah adalah selamat, dan beliau mengasaskan argumentnya kepada artikel daripada Wikepedia. Aku rasa satu dunia dah maklum apa dia Wikipedia ni - sebuah ensiklopedia yang membenarkan anda untuk menghantar atau mengedit artikel-artikel yang terkandung di dalamnya -. Aku sendiri dah mendapat banyak manfaat daripada kandungannya. Aku ucapkan terima kasih kepada saudara yang memberikan komen, kerana ini menunjukkan bahawa blog aku ni dapat sedikit perhatian daripada masyarakat di luar sana..hehe. Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan, secara saintifiknnya, aku sendiri tidak tau, sebab aku ni bukan pelajar sains - Kimia dulu pun aku dapat 8E, Bio 5C..haha. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan real experience yang aku lalui dan juga cerita beserta pandangan daripada orang-orang tua dan penternak-penternak lain. Di kolam kami sendiri kami menyediakan perkhidmatan bekam. Pelanggan tetap tidak lain dan tidak bukan, our parent, relatives and friends dan Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, mereka-mereka ini masih lagi sihat tanpa sebarang penyakit. Jadi aku rasa, berbekam dengan lintah ni takde masalah, sebab dah ramai yang buat - bukan kitorang je - dan belum ada laporan tentang orang yang sakit, paralyze or mati disebabkan berbekam dengan lintah. Kemungkinan untuk lintah ini memindahkan bakteria, virus atau parasit daripada sumber darah yang dihisap sebelum ini adalah amat kecil, kerana lintah yang dibela hanya memakan belut yang diberi oleh penternak. Namun kepada yang ragu-ragu, aku nasihatkan supaya jangan teruskan. Dan jika ada sesiapa di luar sana yang ada maklumat saintifik tentang perkara ini, amatlah di alu-alukan sekiranya anda dapat berkongsi dengan kami dan juga pembaca-pembaca lain. Wallahu A'lam...

No comments:

Related Posts with Thumbnails