PERHATIAN!!!

Kami akan mula menjual belut pada 31.5.08 pada harga rm16 sekilo.kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan, bolelah hubungi nombor2 bertuah dibawah..TQ :-)

Contact Number

Untuk keterangan lanjut pasal lintah, kursus, tawar harga, tanya bekalan, bolelah contact nombor-nombor di bawah.

012 5040 300 - Ijat
013 266 8660 - Ijat
012 229 5141 - Fairuz
013 328 1834 - Fairuz
aush_se7en@yahoo.com

Saturday, October 25, 2008

How Ur Kolam Should Look Like? (Part 2)

Post ini adalah sambungan kepada post yang terdahulu. Faktor keempat yang harus diambil kira adalah keluasan kolam. Kolam yang luas tidak memberi kelebihan yang banyak kepada penternak. Cuma lintah dapat bergerak lebih bebas dan pengudaraan adalah lebih baik. Kelemahan kolam yang besar adalah ia menyukarkan yang empunya kolam untuk harvest, dan kedua, menyukarkan - dan sedikit menyusahkan - untuk menyelenggara dan supervise kolam tersebut. Saiz kolam secara dasarnya tidak mempengaruhi kuantiti atau kualiti lintah. Cuma secara logiknya, kolam yang lebih besar membolehkan lintah diternak dalam kuantiti yang banyak tanpa lintah-lintah ini perlu berhimpi-himpit - sapa suka umah macam dalam tin sardin. Kolam yang kecil pula agak menyenangkan penternak untuk menjaga kolam daripada segi kebersihan dan jika berlaku kebocoran atau apa-apa masalah, tidak sukar untuk diperbetulkan kerana saiz kolam yang kecil. Jadi, jika anda rajin untuk menyelenggara dan supervise kolam yang besar dan mempunyai tanah yang luas untuk membina kolam yang besar, terpulang kepada anda.

Kelima, penggunaan bunga teratai, keladi bunting, etc. Penggunaan tumbuhan-tumbuhan ini adalah digalakkan kerana beberapa sebab. Yang pertama, akar keladi bunting yang reput, sebagai contoh, dapat dimakan oleh lintah-lintah. Yang kedua, lintah gemar untuk berada di bawah tumbuhan-tumbuhan ini. Jadi, penggunaan tumbuhan-tumbuhan ini amat penting kerana ia dapat membantu tumbesaran lintah anda :-) Jika diperhatikan, tumbuhan ini boleh dilihat di kawasan paya. Jadi secara tidak langsung, anda menjadikan kolam anda sebagai timpat tinggal yang selesa bagi lintah anda, sesuai dengan habitat asal menantang ni.


Yang keenam, kawasan persekitaran yang redup. Kita sambung lagi di masa akan datang :-)

No comments:

Related Posts with Thumbnails