PERHATIAN!!!

Kami akan mula menjual belut pada 31.5.08 pada harga rm16 sekilo.kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan, bolelah hubungi nombor2 bertuah dibawah..TQ :-)

Contact Number

Untuk keterangan lanjut pasal lintah, kursus, tawar harga, tanya bekalan, bolelah contact nombor-nombor di bawah.

012 5040 300 - Ijat
013 266 8660 - Ijat
012 229 5141 - Fairuz
013 328 1834 - Fairuz
aush_se7en@yahoo.com

Saturday, October 11, 2008

How Ur Kolam Should Look Like?

Dalam post kali ini rasanya aku nak berkongsi dengan pembaca-pembaca budiman tentang kriteria atau ciri-ciri kolam yang baik. Jika ada silap dan salah atau percanggahan fakta, anda digalakkan untuk membetulkannya agar kita sama-sama dapat mempelajari sesuatu dari blog ini.

Pertama sekali, kolam tidak semestinya perlu cantik namun cukuplah sekadar sedap mata memandang dan tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk. Yang paling penting, pastikan ia selesa untuk didiami oleh lintah bagi memastikan lintah anda dapat membiak dan hidup (survive). Sebaik-baiknya, jadikan kolam anda, as close as possible, serupa dengan habitat asal lintah iaitu paya - Home sweet home.

Kedua, kedalaman kolam. Lintah memang diketahui amat gemar untuk berada di kawasan air yang agak suam iaitu di bahagian air yang agak dalam. Jadi adalah tidak digalakkan jika anda membina kolam yang terlalu cetek atau terlalu dalam. Kolam yang terlalu cetek tidak berapa sesuai untuk lintah anda dan kolam yang terlalu dalam pula akan menyebabkan tuan punya lintah tidak selesa - dan mungkin seksa - apabila tiba masa untuk harvest. Kedalaman yang sesuai mungkin sekitar 3-4 kaki, seperti kolam kami. Air janganlah diisi terlalu penuh kerana ia akan memudahkan lintah anda untuk berpindah ke kolam lain secara beramai-ramai atau berjemaah. Ini akan menyukarkan tuan punya kolam yang mungkin akan menganggap lintahnya dicuri apabila kadar komposisi sesuatu kolam itu berkurangan - bahaya woo buat report polis palsu.
Ketiga, saliran yang baik. Saliran yang baik memastikan kolam anda sentiasa bersih. Ia juga dapat mengelakkan kolam anda daripada dipenuhi air ketika hujan lebat. Saliran overflow sebaik-baiknya dibina di paras tengah-tengah iaitu antara paras air dan tebing kolam. Saiz? Terpulang kepada anda dan bergantung kepada luas kolam anda. Perkara yang harus diberi perhatian adalah menutup saluran overflow anda supaya tidak ada lintah yang mengambil kesempatan melarikan diri apabila hujan dan menyerang orang-orang kampung atau jiran anda - anda taknak kolam anda pulak diserang oleh jiran atau orang kampung. Seeloknya, gunakan jaring dawai yang agak halus dan ikatkannya di kedua-kedua belah saluran overflow.
Keempat, kita sambung dalam post yang akan datang =)...

No comments:

Related Posts with Thumbnails